Thursday, April 3, 2008

Relaxnya aku...

Sejak berpindah ke lokasi pejabat baru (pejabat lama gak, dia renovate je), aku terasa amat lah relax, relax sungguh. Keadaan ini pernah terjadi sekitar tahun 2000, i was too free, sehinggakan aku dapat habiskan baca buku setebal 1.5 inci (pages tak ingat la) dalam masa sekejap je. Dan semua orang di sekitar aku relax. so, untuk mengisi masa yang amat "kosong", aku dengar tape ceramah agama dan baca buku2 agama. Masa tu kira baik dan warak sikit. Di hujung minggu, aku amik kelas degree civil secara part time. Masa ni jugalah aku berjaya mencipta "TechWall" dengan shapenya yang agak 'canggih' itu sehingga menyusahkan aku nak buat mould drawing.

Pada tahun 2001, baru lah kita orang dapat project yg di kira besar iaitu New Pantai Expressway (NPE), tak ingat dah berapa qty nya. Dan lepas tu berdatang-datang lah byk projek kita dapat secured. Agaknya benarlah ilmu dalam "Law of cause and effect" yang mengatakan sesuatu itu terjadi ada hikmah sebaliknya. Kita jangan anggap, benda buruk yang sedang kita hadapi ini akan berterusan...dan tiada penyelesaiannya. InsyaAllah ada peristiwa yang lebih baik selepas ini.

Dan pada tahun ini, 2008, sebelum PRU12 pun ekonomi techwall department ni lembab, tambah plak mcm ada corruption je. Selepas PRU12, keputusannya agak menyedihkan kerajaan yg memerintah, maka bertambah tambah lembab lah ekonomi dept ni. Agaknya bila lah ianya akan selesai...cepat2 lah berakhir keadaan sebegini, tak nak boss2 tengok kita tak de keja. Mengikut ramalan aku lah, tahun 2008 ni, amatlah slow tapi Allah Maha Kaya...
Cuma yang aku takut, bonus kurang. kompom kurang sbb skrg ni company guna KPI nak tengok capai target ke tak untuk individu dan department. Payah la kalu mcm tu kan?

Hopefully, after this year, we can get and secure more and bigger projects...

Fren eat fren.

Ditakdirkan aku ni menjadi insan yang agak jujur dengan sesiapa saja, samada dengan yang baru dikenali atau dengan yang dah lama kenal, tak suka kepada keadaan yang boleh mendatang kecoh, yang boleh menggugat ketenangan jiwa aku yang sentiasa tenang ini.
Memang sejak dari dulu lagi aku lebih suka kepada ketenangan dan sering mencari ketenangan. Kadang2 ketenangan itu datang bila aku berjaya melihat perempuan yang cantik dan manis serta memiliki bentuk tubuh yang menawan, padahal itu semua racun, selalunya buat sementara racun itu aku mampu jadikannya sebagai bahan untuk generate ketenangan...

Dalam mengejar dunia ni, kadang2 kita tak boleh lari dari keadaan yang meragut ketenangan, dan apakah benda yang meragut ketenangan kita?...he he he jawab la kalau berani.
Jawapannya ialah kawan....kawan boleh jadi lawan, kawan juga boleh buat kawan mengawan dan kawan juga boleh tikam kawan dari belakang kawan. Apa yang aku cuba nak tulis di sini ialah kawan yang makan/tikam kawan. Aku rasa memang ramai yang berada kat luar sana tu yang dimakan/ditikam oleh kawan sendiri. Begitu juga dengan aku, setelah aku beri kepercayaan 100% kepada kawan, kawan aku tu tikam aku dari belakang dengan hanya menggunakan lidah je bukan tikam dengan pisau. Kalau tikam dengan pisau..begheh, mati terus. Tapi bila tikam dengan lidah, perasaan kita akan luka parah tanpa darah yang keluar, yang keluar hanyalah kekesalan kerana terlalu menaruh kepercayaan kepada kawan. Ini berlaku kepada batang tubuh aku sendiri, orang yang menikam aku ialah orang yang aku tatang...diberi kepercayaan untuk menjaga segala apa yang menjadi rahsia bagi aku kerana pada ketika itu nampak menyakinkan bahawa kawan tu mampu merahsiakan segala rahsia yang menjadi rahsia besar. Tapi akhirnya terburai dek seronoknya bercerita perihal orang lain...yang merana aku dan yang terlibat.

Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511 bukanlah sebab kuatnya bala tentera portugis, tapi kerana kuatnya orang dalam kerajaan membocorkan rahsia kerajaan kepada musuh, menceritakan segala kelemahan, lalu musuh dengan mudah dapat menawan kerajaan yang berdiri lebih 100 tahun itu. Maka yang paling penting ialah dalam konteks kehidupan kita sekarang, selidikilah orang2 yang berada di sekeliling kita sebelum kita menobatkan mereka sebagai kawan baik kita di mana segala rahsia kita bukan rahsia lagi.

Aku tidak bersedia untuk menceritakan apakah bentuk tikaman tu, yang penting kini aku dah tahu siapa mereka dan aku kini lebih berhati-hati untuk berkongsi pengalaman dgn mereka kerana tak mahu pisang berbuah dua kali. Tapi kalu pokok pisang betul2 berbuah dua kali itu dah dikira bagus. boleh promote baka dia kepada orang lain. Tapi ini soal maruah...

Aku sedih sungguh bila dapat tahu...terbakar hati aku.

Di pandang indah dari luaran
Tambah yakin bila berjanji
Tak dapat dibaca secara luaran
Di belakang menikam di depan memuji

Fuhhhh...

Fuhhh..akhirnya berakhir kemelut politik di luar sana dan di dalam kepala aku.
Al maklum lah di takdirkan minat sangat dengan politik, maka bila org politik pening
orang ni pun ikut pening. Orang politik pening dapat gaji dan elaun. Aku pening dapat panadol
je....

Untuk posting akan datang aku akn citer pasal benda lain, ikut selera aku lah
apa aku nak tulis.....boleh gak aku belajar2 menulis, mengarang dan mengulas.
cuba2 lah.....

Thursday, March 13, 2008

Aku pun pening...

Aku pun tak tahu ngape sejak akhir2 ni, asyik pikir pasal negara je. nak kata aku ada talent jadi PM, rasanya jauh sekali. Jadi manager kat ofis ni pun mcm tak terurus jerk. asyik rugi je. sales pun tak ddak. Tapi itulah masalah aku sejak dulu, pikir org punya masalah je, sendiri punya masalah masih tak selesai2 gak. Agaknyalah mungkin suatu hari nanti, aku di takdirkan jadi org penting dalam dunia islam kot, kot aje lah. Tapi tau kan, insyaAllah, semoga Allah makbulkan doa ini. Amin ya rabbal alaminnn.

Tau sbb apa aku kata gitu?...sbbnya bila saja aku ada buat dosa (dosa kecik la) terus aku akan dapat balasan yg setimpal, aku mmg dapat rasa, itulah balasannya, mmg setimpallah dgn apa yg aku buat. Kalu dosa besar, aku rasa terus mati gamoknyo. However, aku tetap bersyukur kerana sentiasa di beri peringatan......huk huk huk Dia masih menyanyangi aku.

Tapi tentang pikir pasal negara ni, aku mmg tak leh nak nyahkan dari otak aku ni, dah sedaya upaya aku cuba lupakan, tapi ia tetap datang dan mengganggu my current activities, terkadang nak ehem-ehem bini pun terganggu dek dok pikir pasal masalah negara. Kepada rakan2 yg menyanyangi aku, along, angah, acik, mcm mana lah agaknya aku nak selesaikan benda ni yg dah jadi masalah plak bagi aku dan keluarga aku ni.

Kadang pelik gak, aku yg bernama Mohd Narowi, yg lahir pada (lama dah lahir...) jam 4.00 pagi, punyai perangai yg lain dari adik beradik lain......dalam dunia aku je yg bernama Narowi...tak caya check dlm internet.....gi google type "narowi", yg keluar nama aku je.......

Sebelum kepala aku 'overheat' dok pikir pasal negara, baik aku pikir pasal, mcm mn naik increase sales dlm department aku ni.....

END

Sunday, February 10, 2008

Elok la sekali sekala baca...

Berikut adalah senarai jumlah projek mega semasa Pak Lah jadi PM:

1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM 160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM 170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM 115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM 24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM 3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM 712 bilion

"Tahukah anda jumlah 712 bilion itu banyak mana agaknya?

Bagi tempoh 22 tahun sebagai peneraju kepimpinan negara mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi pula baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih 700 bilion.

Selain itu, pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri adalah seperti di bawah:-

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM 1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS - RM 8,390,000.00
3. Kompleks Brickendonbury di London - RM 70,000,000.00
4. Kos memperbaiki MRR 2 - RM 70,000,000.00
5. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM 120,000,000.00
6. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
7. Hutang tertunggak dai InventQjaya 228,000,000.00
8. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM 257,000,000.00
9. Kerugian pembelian saham Agusta - RM 510,000,000.00
10. Kos AP anugerah Rafidah @30,000 x 1,800,000 - tidak terhitung
11. Pembelian 3 buah submarine - RM 4,100,000,000.00
12. Skandal PKFZ - RM 4,600,000,000.00
13. Skandal OPV (NDSB) - RM 6,750,000,000.00


Kini sekali lagi Abdullah meminta mandat dari rakyat melalui musim pilihan raya ke-12 dengan alasan banyak lagi yang belum selesai.

Soalan:
1) Adakah patut mandat besar diberi lagi?
2) Adakah patut dia dan mereka memerintah sampai kiamat?

Thursday, January 31, 2008

aku budak baru belajo

aku sbenarnya nak belajar join the club...kalu salah tolon jolok kan
jolok perlahan dah le

nanti bila aku dah mahir......byk cerita menarik, kalu rajin la.


bye