Thursday, April 3, 2008

Fren eat fren.

Ditakdirkan aku ni menjadi insan yang agak jujur dengan sesiapa saja, samada dengan yang baru dikenali atau dengan yang dah lama kenal, tak suka kepada keadaan yang boleh mendatang kecoh, yang boleh menggugat ketenangan jiwa aku yang sentiasa tenang ini.
Memang sejak dari dulu lagi aku lebih suka kepada ketenangan dan sering mencari ketenangan. Kadang2 ketenangan itu datang bila aku berjaya melihat perempuan yang cantik dan manis serta memiliki bentuk tubuh yang menawan, padahal itu semua racun, selalunya buat sementara racun itu aku mampu jadikannya sebagai bahan untuk generate ketenangan...

Dalam mengejar dunia ni, kadang2 kita tak boleh lari dari keadaan yang meragut ketenangan, dan apakah benda yang meragut ketenangan kita?...he he he jawab la kalau berani.
Jawapannya ialah kawan....kawan boleh jadi lawan, kawan juga boleh buat kawan mengawan dan kawan juga boleh tikam kawan dari belakang kawan. Apa yang aku cuba nak tulis di sini ialah kawan yang makan/tikam kawan. Aku rasa memang ramai yang berada kat luar sana tu yang dimakan/ditikam oleh kawan sendiri. Begitu juga dengan aku, setelah aku beri kepercayaan 100% kepada kawan, kawan aku tu tikam aku dari belakang dengan hanya menggunakan lidah je bukan tikam dengan pisau. Kalau tikam dengan pisau..begheh, mati terus. Tapi bila tikam dengan lidah, perasaan kita akan luka parah tanpa darah yang keluar, yang keluar hanyalah kekesalan kerana terlalu menaruh kepercayaan kepada kawan. Ini berlaku kepada batang tubuh aku sendiri, orang yang menikam aku ialah orang yang aku tatang...diberi kepercayaan untuk menjaga segala apa yang menjadi rahsia bagi aku kerana pada ketika itu nampak menyakinkan bahawa kawan tu mampu merahsiakan segala rahsia yang menjadi rahsia besar. Tapi akhirnya terburai dek seronoknya bercerita perihal orang lain...yang merana aku dan yang terlibat.

Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511 bukanlah sebab kuatnya bala tentera portugis, tapi kerana kuatnya orang dalam kerajaan membocorkan rahsia kerajaan kepada musuh, menceritakan segala kelemahan, lalu musuh dengan mudah dapat menawan kerajaan yang berdiri lebih 100 tahun itu. Maka yang paling penting ialah dalam konteks kehidupan kita sekarang, selidikilah orang2 yang berada di sekeliling kita sebelum kita menobatkan mereka sebagai kawan baik kita di mana segala rahsia kita bukan rahsia lagi.

Aku tidak bersedia untuk menceritakan apakah bentuk tikaman tu, yang penting kini aku dah tahu siapa mereka dan aku kini lebih berhati-hati untuk berkongsi pengalaman dgn mereka kerana tak mahu pisang berbuah dua kali. Tapi kalu pokok pisang betul2 berbuah dua kali itu dah dikira bagus. boleh promote baka dia kepada orang lain. Tapi ini soal maruah...

Aku sedih sungguh bila dapat tahu...terbakar hati aku.

Di pandang indah dari luaran
Tambah yakin bila berjanji
Tak dapat dibaca secara luaran
Di belakang menikam di depan memuji

2 comments:

~ini an~ said...

encik ni pemantun negeri kelantam ke dulu?hehehe nasibla cekwi bile dpt 'fren eat fren'..sbnrnye best klau dpt kawan yg 'eat fren eat!!'maknenye dia mggalakkan kita makan dari mengumpat hahahahaha ni prinsip baru..'its better life with liar then life with betrayer'..walaupun dua2 ni x best hehehe tp we have no choice...lalalalala

~ini an~ said...

betrayer-betrayer ni...di dpn kite, mereka seumpama org2 yg sgt selamat untuk kite menceritakan rahsia kita mahupun rahsia org lain...tp di sebaliknye...huh!!sungguh menakutkan...i am regret for every single word..