Thursday, April 3, 2008

Relaxnya aku...

Sejak berpindah ke lokasi pejabat baru (pejabat lama gak, dia renovate je), aku terasa amat lah relax, relax sungguh. Keadaan ini pernah terjadi sekitar tahun 2000, i was too free, sehinggakan aku dapat habiskan baca buku setebal 1.5 inci (pages tak ingat la) dalam masa sekejap je. Dan semua orang di sekitar aku relax. so, untuk mengisi masa yang amat "kosong", aku dengar tape ceramah agama dan baca buku2 agama. Masa tu kira baik dan warak sikit. Di hujung minggu, aku amik kelas degree civil secara part time. Masa ni jugalah aku berjaya mencipta "TechWall" dengan shapenya yang agak 'canggih' itu sehingga menyusahkan aku nak buat mould drawing.

Pada tahun 2001, baru lah kita orang dapat project yg di kira besar iaitu New Pantai Expressway (NPE), tak ingat dah berapa qty nya. Dan lepas tu berdatang-datang lah byk projek kita dapat secured. Agaknya benarlah ilmu dalam "Law of cause and effect" yang mengatakan sesuatu itu terjadi ada hikmah sebaliknya. Kita jangan anggap, benda buruk yang sedang kita hadapi ini akan berterusan...dan tiada penyelesaiannya. InsyaAllah ada peristiwa yang lebih baik selepas ini.

Dan pada tahun ini, 2008, sebelum PRU12 pun ekonomi techwall department ni lembab, tambah plak mcm ada corruption je. Selepas PRU12, keputusannya agak menyedihkan kerajaan yg memerintah, maka bertambah tambah lembab lah ekonomi dept ni. Agaknya bila lah ianya akan selesai...cepat2 lah berakhir keadaan sebegini, tak nak boss2 tengok kita tak de keja. Mengikut ramalan aku lah, tahun 2008 ni, amatlah slow tapi Allah Maha Kaya...
Cuma yang aku takut, bonus kurang. kompom kurang sbb skrg ni company guna KPI nak tengok capai target ke tak untuk individu dan department. Payah la kalu mcm tu kan?

Hopefully, after this year, we can get and secure more and bigger projects...

2 comments:

~ini an~ said...

hopefully-fully la kan cekwi...betul2 hopefully nih..semoga techwall akan kekal bernyawa dan mungkin lebih sesuai klau ada muka2 baru hahahaha lalalalala QS baru kot?kihkihkih

ariana nama yang paling ku suka said...

hi cekwi...mmg seronok tmpt baru tapi alam sekitar fuhhh...x bes kan, sronok kt faber lagi beb...x nak oder oyster lagi ker?hahahaha